PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2014

Tarikh            :           3 March 2015 ( Selasa )

Masa              :           Selepas 10.00 pagi

Tempat          :           Ruangan di tempat letak kereta pentadbir sekolah.

Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh bekas pelajar Tingkatan 5 Tahun 2014 semasa memasuki kawasan sekolah:

 

  1. Pelajar mesti memakai T-shirt yang berlogo sekolah SMK Taman Perwira dan berseluar panjang.Pakaian mesti bersesuaian, kemas dan sopan.

 

  1. Pelajar dengan rambut yang berwarna dan style rambut yang bercorak punk ,berseluar pendek dan berselipar tidak akan diberikan slip keputusan.Pengawal keselamatan berhak melarang pelajar yang sedemikian memasuki kawasan sekolah.

 

  1. Calon SPM 2014 yang belum memulangkan buku teks sekolah ATAU buku pinjaman Pusat Sumber Sekolah ,tidak akan diberikan slip keputusan SPM sehingga semua buku dipulangkan.

 

  1. Ibu bapa atau waris yang ingin mengambil slip bagi pihak anak mereka mesti menunjukkan salinan kad pengenalan anak dan surat beranak mereka sebagai bukti pertalian persaudaraan.