LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE 4

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE 4.

Tajuk: Kemahiran Interpersonal dan IMIS

Tarikh : 6 Oktober 2012 .

Tempat: Ceramah di Bilik Ilham dan aktiviti permainan dijalankan di padang sekolah, gelanggang badminton, gelanggang bola jaring dan dewan terbuka.

Penceramah: Penolong Kanan Pentadbiran – Encik Govindasamy A/L Kolendai

Latihan dalam perkhidmatan yang ke 4 telah pun berlansung dengan meriah. Aktiviti  sesi pertama dimulai dengan acara IMIS yang melibatkan permainan bola sepak, badminton, pingpong dan bola jaring. Semua guru-guru telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan bermain semua jenis permainan mengikut aturan yang dijadualkan. Ternyata kerjasama yang erat, semangat kesukanan dan kemesraan yang terjalin diantara guru-guru dan pentadbir telah memeriahkan setiap acara dan menjadikan aktiviti sangat menyeronokkan malah menyihatkan tubuh badan.Terdapat 14 orang guru dari sekolah-sekolah lain turut menyertai latihan guru kali ini iaitu guru-guru dari SMK Permai Indah, SMK Jit Sin, SMA AlMasriyah. SMK  Taman Sejahtera,SMK Berapit,SMK Jalan Damai,SMK Convent,SMK Bukit Mertajam dan Sekolah Tinggi Bukit Mertajam .

Pada sesi kedua, semua guru-guru mendengar ceramah berkaitan dengan Kemahiran Interpersonal yang dikendalikan oleh Encik Govindasamy A/L Kolendai. Ceramah yang berkaitan dengan profesion keguruan, skil komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran serta kepimpinan itu  telah memberikan  banyak input-input yang sangat berguna untuk diamalkan dan dilaksanakan oleh setiap indidvidu sebagai memenuhi kehendak profesion perguruan yang memerlukan perubahan sikap yang positif untuk membentuk generasi pelajar cemerlang selaras dengan wawasan kerajaan Malaysia.