Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

Program RIMUP (Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) merupakan program tahunan yang diadakan selepas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Program ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar tingkatan tiga.Pada tahun ini, Program RIMUP diadakan pada 18 Oktober 2012 iaitu pada hari Khamis dan bertempat di dewan terbuka dan juga tapak perhimpunan SMK Taman Perwira. Sekolah-sekolah lain yang turut terlibat menjayakan acara tersebut ialah SMK Taman Sejahtera dan SMK Macang Bubok. Acara-acara yang dijadualkan berlansung pada hari tersebut ialah permainan “Station Game” dan ianya telah berjalan dengan lancar dan cukup meriah. Kerjasama yang padu dari guru-guru pengiring dan guru-guru yang ditugaskan untuk acara tersebut melambangkan semangat kesukanan dan silaturrahim yang erat. Majlis ditutup dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Taman Perwira, Encik Tor Peng Chiang dan acara penyampaian hadiah juga berlansung sebaik sahaja ucapan penutup dilakukan. Kerjasama semua pelajar, guru-guru dan pentadbir amat dihargai dan diharap semnagat ini dapat dikekal ke tahun-tahun yang akan datang.

PROGRAM RIMUP 2012