Sejarah

SMK Taman Perwira adalah sebuah sekolah yang dibina berlandaskan konsep ‘design and build’. Sekolah ini mula dibina pada 20 Ogos 2001 dan mula beroperasi pada 1 Disember 2002.

Sesi persekolahan pertama pada 6 Januari 2003.
Pengetua Pertama – En. Loo Siew Khiang.
Bermula dengan:
2 kelas Peralihan
5 kelas Tingkatan 1
Jumlah pelajar 175 orang.
Jumlah guru 13 orang.

Statistik sehingga 3 Januari 2012 menunjukkan SMK Taman Perwira sudah menjangkau 100 orang guru yang terdiri daripada pelbagai kepakaran. Pengetua terkini adalah Encik Tor Peng Chiang yang bertukar masuk pada Jun 2011 dan bertugas sehingga kini.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Visi Sekolah

SMK TAMAN PERWIRA menjadi sekolah unggul di Pulau Pinang.

Misi Sekolah

Meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti Pengajaran &Pembelajaran yang berkesan.
Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan yang inovatif.
Meningkatkan kecemerlangan sahsiah pelajar melalui programmotivasi yang efektif.
Mewujudkan iklim sekolah yang ceria, kondusif dan selamat melalui perancangan strategik yang dilaksanakan secara muafakat.