STEP UP, DON'T GIVE UP

Month: November 2023

Kokurikulum : Hari Keusahawanan

KEBENARAN DAN PANDUAN KHAS KEPADA BEKAS MURID SMK TAMAN PERWIRA (LEPASAN SPM) UNTUK MENGHADIRI KARNIVAL KOKURIKULUM 2023

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran bekas murid ke Karnival Kokurikulum dengan harapan dapat memeriahkan lagi karnival ini.

📝Kehadiran bekas murid ini perlu MEMATUHI PANDUAN yang telah ditetapkan seperti berikut:

📌 Bekas murid bermaksud murid yang telah ” TAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM ” di sekolah ini.

📌Murid yang telah DIBUANG sekolah dianggap BUKAN bekas murid dan DILARANG masuk.

📌 Orang luar dan murid sekolah lain DILARANG masuk.

📌 Bekas murid WAJIB memakai baju rumah sukan @ baju kelab/persatuan SMKTP yang dimiliki/simpan oleh mereka sebelum ini. Baju lain tidak dibenarkan.

📌 Bekas murid DILARANG memakai:

❌Seluar Jeans
❌Seluar pendek
❌Selipar/sandal
❌ Sebarang pakaian yang dianggap sebagai tidak sopan dan melanggar etika pakaian.

✅Bekas murid boleh memakai seluar track botton@ slack yang sesuai.
✅ Memakai kasut yang bertutup.

📌Bekas murid tidak berfesyen keterlaluan (rambut @ penampilan.)

📌 Bekas murid yang hadir perlu MEMBELI KUPON sekurang-kurangnya RM20 SEORANG

📌 WAKTU MASUK : Bekas murid hanya dibenarkan masuk mulai pukul 9.00 pagi hingga 9.30 pagi sahaja melalui pintu B. Pintu akan ditutup dan tidak dibenarkan masuk lagi selepas pukul 9.30 pagi.

📌 Kemasukan bekas murid akan DIREKODKAN di pintu B

📌 Bekas murid hendaklah sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan sekolah yang telah dikuatkuasakan dan berjanji tidak akan menimbulkan sebarang masalah semasa hadir ke karnival.

📌 Sebarang kejadian yang tidak diingini yang melibatkan bekas murid, tindakan tegas akan diambil. Sila patuhi peraturan sekolah sepanjang waktu semasa karnival berlangsung.

Semoga kehadiran bekas murid dapat memeriahkan lagi Karnival Kokurikulum 2023.

Sekian,
Terima kasih.