Bersatu Berilmu Berjaya

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (HARIAN)

PENDAFTARAN

  • Melalui Penempatan:
    • Guru kelas Tahun 6 SK/SRAB/SJKC /SJKT menggunakan aplikasi APDM (Modul e-Daftar Menengah) bagi murid warganegara sahaja berdasarkan Borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS) yang dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga.
    • Murid warganegara yang tercicir (pendidikan wajib) boleh mohon dengan menggunakan borang ASBS yang boleh didapati di PPD dan JPN.
    • Murid warganegara dari luar negara boleh mohon dengan borang ASBS yang boleh didapati di PPD dan JPN.
  • Melalui Permohonan:
    • Murid Bukan Warganegara boleh memohon menggunakan Borang PU(A)275 Jadual Pertama melalui Unit Perhubungan dan Pendaftaran di JPN. Borang boleh diperolehi dari Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran