KUIZ ONLINE – KENALI SUKAN MSSM : GIMNASTIK & GIMRAMA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Pulau Pinang akan mengadakan:

KUIZ ONLINE – KENALI SUKAN MSSM : GIMNASTIK & GIMRAMA

secara dalam talian seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Mac 2021 (SELASA)
Masa : 11.00 pg – 1.00 ptg

SASARAN PESERTA :

  • Terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah negeri Pulau Pinang

Tapak pendaftaran dan kuiz akan dibuka pada hari pertandingan 30 Mac 2021. Maklumat lanjut dan BAHAN BACAAN sila layari web :
https://gimnastikmsspp.blogspot.com/

Sekian, terima kasih.

LINK PERTANDINGAN – https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=192804969314130&id=100057538835927

INFO SPBT & KOPERASI

INFO SPBT
Unit SPBT akan buka pada
**19/2/2021 (JUMAAT) 9 AM HINGGA 11 AM **
Kepada pelajar-pelajar yg belum memulangkan atau mengambil buku teks (kecuali Tingkatan 1), waris boleh datang pada masa yang ditetapkan.

Pihak koperasi juga mengambil kesempatan untuk buka koperasi pada hari dan waktu yg sama iaitu 19/2/2021(Jumaat) pada pukul 9.00 hingga 11.00 am. Ada permintaan daripada waris dan pelajar untuk membeli atau menambah buku tulis..Mohon guru tingkatan untuk share dalam group masing- masing untuk makluman pelajar dan waris.Terima kasih.

CALON SPM 2020

Perhatian kepada calon SPM 2020
Taklimat Peperiksan SPM 2020 akan diadakan pada 9/2/2021. Calon wajib hadir taklimat dan menanda tangani dokumen berikut sebagai pra syarat menduduki peperiksaan :

  1. Borang pengakuan calon
  2. Borang saringgan kesihatan
  3. Slip kemasukan peperiksaan

Selepas taklimat, calon akan menyusun pusat peperiksaan, calon dibenarkan memakai pakaian PJ .

Kehadiran adalah wajib.